BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 8, 2009

Kisah pinggan


Pada suatu petang di masjid darul quran, selesai sahaja solat asar, kebiasaannya akan ada liqa' kecil di bahagian solat banat untuk memberi ruang saling memberi tazkirah antara jemaah masjid..

Petang itu, ade seorang kakak ni volunteer nak sampaikan tazkirah, katanya nak sampaikan cerita,

"nak dengar cerita tak?"kakak tu tanye..

"Nak!" sume yang lain pakat jawab..

"Cerita ni pasal pinggan, "3 PINGGAN DAN TUANNYA",adik2 tau pinggan?"dia bertanya lagi.

"pinggan kat dewan makan tu ye akak?kawan xgen kita ni jawab.

"bukan pinggan tu dik, ni pinggan lain"seloroh akak tu...

"ha, pinggan ni ade 3 jenis.. PINGGAN PERTAMA, dipinjam oleh seseorang, kemudian apabila da selesai pinjam, si peminjam ni pun pulangkan pada tuannya..tuannya pun ambil balik pinggan tu, cek2,pinggan tu cantik lagi, takde pecah2 dan dia pun lap biar berkilat lalu disimpan pinggan tu ke dalam almari...

PINGGAN yang KEDUA, juga dipinjam oleh seseorang...kemudian bila da selesai guna, si peminjam pun pulangkanla pada tuannya dalam keadaan pinggan tu kotor, ade bekas makanan..tuannya pun bersihkan pinggan tu, cuci dengan axion, sampai bersih dan barulah dia simpan di dalam almari..

PINGGAN YANG KETIGA pun same juga, ade orang pinjam,..habis si  peminjam ni guna, dia pun pulangkan dalam keadaan pinggan tu dah pecah..tinggal serpihan2 kecil saje..tuannya pun dah tak tahu sama ada tu pinggan atau tak.. tanpa berfikir panjang, tuannya pun mencampakkan pinggan tu dalam tong sampah..." cerita akak tu..

"ape kesimpulanya adik2?"

"hm, cuba kita tengok balik diri kita, cerita ni same macam diri kita,ade orang yg Allah ciptakan, dia pulang padaNya dalam keadaan bersih, bertaqwa dan suci..Allah simpan dia elok2 dalam SYURGA..

ade juga orang tu, Allah ciptakan, dia pulang padaNya di akhirat kelak, dalam keadaan kotor, penuh dengan dosa.. kemudian, Allah bersihkan diri hambanya dalam NERAKA, kemudian barulah dia disimpan dalam SYURGA setelah semua dosanya dibalas..

ade juga yg Allah ciptakan, dia pulang padaNya dalam keadaan yg da rosak,hancur,kafir,atau murtad..nauzubillah,minta dijauhkan...kemudian Allah campakkan dia ke dalam NERAKA tanpa belas kasihan atas keingkarannya mentaati ALLAH di dunia dulu."sambung kakak itu.

     sahabt2ku, marilah kita merenung kembali diri kita, di manakah diri kita sekarang, sementara masih sempat,sementara pintu taubat dibuka, marilah, ayuh sama2 kita cuba perbaiki diri, tak banyak takpe, sikit2 dulu..Allah Maha Pengampun sahabatku..

Mari kita muhasabah diri...

Saturday, December 5, 2009

Jika Aku Jatuh Cinta

Sahabatku,hayatilah puisi ini...

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu


Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.




Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada
pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan

kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu...

Untuk menonton video 'Jika Aku Jatuh Cinta',klik di sini.

Sunday, November 29, 2009

Apa Rahsia Jari Kita?? Cuba teka..

Sahabat2ku,

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.


Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.



Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Tanda-tanda Taubat Diterima Allah

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu: 

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis. 


2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik. 

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah. 

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah. 


5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit. 


6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.


 

Sama-samalah kita memperbanyak lafaz istighfar memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun. Semoga dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita semua akan tergolong di dalam golongan mereka yang mendapat maghfirah Allah ta'ala.Insya Allah.-editor.

Sanggupkah anda menerima lelaki ini wahai muslimah2 sekalian??

Assalamualaikum.

Identiti lelaki ini dirahsiakan tapi dia wujud di dalam planet ini.

Lelaki ini berasal drpd keluarga yang bermasalah. Ibu bapanya telah bercerai semasa dia masih lagi bersekolah lagi. Ayahnya tidak pernah solat dan masih lagi tidak solat sehingga sekarang, hanya ibunya yang mengajar dia solat, tapi itupun ketika umur sudah hampir akil baligh. Dari segi bacaan Quran, dia diajar oleh neneknya ketika usia hampir akil baligh juga. Pada mulanya, dia rajin solat 5 waktu, namun disebabkan keluarganya yang sebegitu, dia tidak pernah solat dan membaca Quran sehinggia dia akil baligh dan mencecah umur 16 tahun. Senang cerita, kisah silam dia dipenuhi dengan kejahilan. Dia tidak pernah pergi ke sekolah agama dan hanya belajar agama di sekolah biasa.

Ibunya pada asalnya bersolat, kini tidak bersolat sehingga sekarang kerana kecewa dengan sikap suaminya dan seperti berputus asa kepada Allah. Ibu bapa lelaki ini bercerai setelah ayahnya berhenti kerja tanpa sebab. Ibunya berpindah ke tempat lain dan dia tinggal bersama ibunya. Ayahnya juga tidak memberi nafkah yang sepatutnya kepada isteri dan anaknya. Akhirnya ayahnya tidak bekerja, hanya duduk di rumah menonton television and bermain komputer, segala duit simpanannya digunakan untuk menanggung hidupnya seorang.

Lelaki itu kini sudah berumur lebih kurang 20 tahun dan sedang menuntut di universiti. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, semasa 16 tahun atau tingkatan 4 dan 5, lelaki ini diberikan hidayah oleh Allah dan kembali bersolat 5 waktu sepenuhnya. Dia juga mula membaca Quran dah akhirnya dapat khatam Quran sejurus kemudian. Lelaki ini juga mula berjinak untuk bersolat sunat dan memperolehi ilmu agama. Ketika waktu itu, lelaki itu pernah mengajak ibu bapanya untuk bersolat, tetapi mereka enggan. Malah, ibu bapanya seperti tidak suka dan cepat naik angin. Mereka bersifat panas baran dan tidak mahu mendengar nasihat lelaki itu. Akhirnya, dia memberhentikan seketika dakwah yang hendak disampaikan kepada ibu bapanya kerana dia masih memerlukan pertolongan mereka, dari segi nafkah dan tempat tinggal.

Ibunya juga telah berjumpa dengan seorang boyfriend baru ketika lelaki ini sudah habis sekolah dan SPM. Tetapi malangnya, boyfriend baru ini juga tidak bersolat 5 waktu. Bukan setakat itu, tetapi ibunya kerap keluar dengan boyfriend tu dan boyfriendnya selalu datang ke rumah, kekadang mereka berdua-duaan. Lelaki ini sungguh kecewa dengan kemungkaran yang dilakukan oleh ibunya, dia pernah try untuk menegur ibunya, tetapi dia dimarah oleh ibunya. Boyfriend lelaki itu sudah mempunyai seorang isteri lain dan lelaki ini sungguh risau dengan hubungan ibunya itu. Sudah bertahun-tahun mereka bercouple, tetapi ibunya tidak pernah berkahwin dengan lelaki itu, tapi mereka selalu keluar bersama. Lelaki ini risau dan tidak mampu mencegah maksiat yang dilakukan oleh ibunya.

Lelaki ini tidak pernah berkongsi masalah keluarga dengan rakan2nya. Hanya beberapa yang tahu. Tapi mereka tidak begitu mengendahnya, biasalah laki. Lelaki ini jarang keluar rumah dan lepak2 di luar, dia hanya akan keluar rumah untuk membeli barang2 keperluan bersama ibunya atau mempunyai hal2 mustahak dan urusan yang hendak disetelkan. Senang cerita, tidak ramai wanita yang mengenalinya. Lelaki ini juga jrg menyertai apa2 aktiviti dakwah atau program, jika ada ceramah agama dia akan pergi, tetapi aktiviti2 dakwah yang melibatkan orang2 yg kuat agama, dia merasa malu dengan zaman silamnya. Dia pernah menyertai kem2 seperti ini. Tapi hatinya kecewa, kerana banyak ilmu agama yang masih dia tidak ketahui dan dia berasa jahil. Dia cuba yang terbaik untuk tambahkan ilmu agamanya, dia membeli buku2 agama untuk dibaca agar ilmunya dapat bertambah.


Pada usia sebegini, menjadi sesuatu yang normal bagi seorang lelaki untuk mempunyai nafsu dan perasaan terhadap wanita. Lelaki ini begitu tertarik sekali dengan muslimah2 yang bertudung labuh dan alim. Lelaki ini ingin sekali mempunyai seorang isteri yang solehah. Dia ada juga mempunyai beberapa orang kenalan yang telah berkahwin dan bertunang pada usia muda dan awal. Kesemua mereka ini datang drpd keluarga yang bagus, ini memudahkan proses pertunangan dan pernikahan mereka kerana ibu bapa mereka saling berkenalan dan memahami kehendak anak2 mereka. Apabila melihat faktor ini, lelaki ini berasa sedih kerana keluarganya tidaklah seberapa dibandingkan dengan keluarga mereka. Ibu bapanya tidak bersolat, malah ibunya kini sedang couple dan belum lagi berniat untuk berkahwin. ibu bapanya juga jenis panas baran dan cepat naik angin. Jika diungkitkan isu duit kepada ibunya, mesti ibunya akan melenting dan marah2 kerana kekurangan wang. Ibunya juga sering menyalahkan takdir. Jadi bagi lelaki ini, isu perkahwinan merupakan isu yang sukar, dia merasakan bahawa dia perlu kahwin lambat kerana kekurangan duit. 

Tetapi lelaki itu yang tidak pernah bercinta dengan mana2 wanita, kini dalam dilema dan kesengsaraan, kerana dia mempunyai perasaan terhadap wanita, dia ingin berkahwin dan mengelakkan zina. Dia tidak tahan melihat kawan2 dan rakan2 sekelilingnya yang terlibat dengan budaya couple, cinta sana cinta sini dan tidak kurang juga yang berkahwen awal. Dia merasa amat tertekan. Lelaki ini memerlukan seorang wanita solehah yang boleh memberi support kepada dia dan bersama2 berdakwah kepada keluarganya, tetapi lelaki ini sedar akan kesusahan untuk mencari wanita2 seperti ini. Isu mencarinya bukan masalah yang besar, masalah yang besar bagi lelaki ini ialah faktor keluarganya. Bagaimanakah keluarga wanita tersebut dapat menyesuaikan diri dengan keluarganya? Sanggupkah wanita tersebut menerima lelaki itu dan keluarganya? Berhadapan dengan ibu bapanya yang bercerai? Berhadapan dengan ibu bapanya yang tidak bersolat? Berhadapan dengan ibu bapanya yang panas baran dan cepat melenting? Sanggupkah wanita itu bersabar menghadapi semua ini? Sanggupkah keluarga wanita itu menerima keluarga lelaki ini? Lagi2 jika keluarga wanita tersebut mempunyai background agama yang bagus.

Lelaki ini sedang berada dalam dilema, dia sedang belajar, tidak mempunyai kewangan yang kukuh, dia mempunyai nafsu terhadap wanita, dia tahu bahawa couple itu tidak dibenarkan dalam Islam, hanya perkahwinan yang dibenarkan, dia tahu bawah sebaik2nya dia habis belajar dan bekerja sebelum berfikir utk berkahwin, tetapi jika dia sudah bekerja dan mempunyai duit yang cukup, bagaimana jika ibu bapanya masih dalam keadaan yang sama? Bagaimana dengan isu perkahwinan?



Sanggupkah anda wahai muslimah2 sekalian menerima lelaki ini sebagai suami anda? Sanggupkah anda menerimanya setelah mengetahui masa silamnya dan masalah keluarganya? Sanggupkah anda berkorban dan hidup bersusah-payah dan mempunyai masalah kewangan? Sanggupkan anda menerima leteran dan sikap panas baran ibu bapa lelaki lelaki ini? Melihat mereka langsung tidak bersolat, langsung tidak membaca Quran? Sanggupkah anda? Sanggupkah keluarga anda?

Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya...

Assalamualaikum sahabat,

Solat sunat dhuha merupakan solat yang amat dituntut untuk kita melakukannya. Solat yang membuka pintu rezeki. Tapi kenapa kita sukar untuk melaksanakannya, kadang2 jadual kuliah yang berterusan pada sebelah pagi menyebabkan kita terhalang untuk melakukan solat sunat ini.

Tapi sahabat2,ketahuilah kelebihan solat ini, dan sama2 kita cuba untuk melaksanakannya walaupun hanya 2 rakaat, fikirkan cara dan masa untuk melaksanakannya.

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi). 

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Kelebihan solat sunat dhuha

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: 

" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik). 

" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi) 

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

My Beloved Holy Quran

When I saw you, 
I feel calm, 

When I read you, 
I feel peace, 

When I heard you, 
I feel comfort,

 When I applied you,
 I feel good, 

You are very important for me, 
Without you, 
I feel messy,

 Because of you, 
I am organised, 

Without you, 
I was blind to this nasty world,

 Because of you, 
my life is shining, 

You are the words from God, 
that will guide me, 

You are the speech from God,
 that will accompany me, 

And, somebody ask, “who is the ‘you’ that I mean it?” 
And, I answered, “ ‘you’ is my beloved holy Qur’an